PENTING!!!!! SILA BACA

Hi semua,
Kerap kali admin menerima soalan "ada kerja bla bla,dekat bla bla bla?" atau "kalau ada kerja kosong di bla bla bla,tolong inform saya".

So dengan berat hati nya,kami hendak tekan kan yang it doesn't work that way. Sebagai pencari kerja atau "job seeker" kita kenalah letak usaha yang lebih sedikit, dengan hanya bertanyakan soalan seperti itu,kami tidak dapat menolong anda, sebabnya kami tidak tahu apa kelayakan anda,kami juga tidak tahu sanggup kah anda bekerja di kawasan A,kawasan B atau kawasan C,kami juga tidak arif dengan pengalaman pekerjaan anda,pendek kata,hanya diri anda sendiri yang paham apa kehendak anda...betul???

"Jadi bagaimana?" cara mudah adalah menggunakan khidmat laman penjodoh jawatan seperti jobstreet,jobsdb dan sebagainya. Hanya klik banner di kotak sebelah kanan ini ------------------------------------------------>>>>>>>>>
anda akan dipautkan ke laman web tersebut,disana anda boleh melakukan carian menggunakan ruangan yang disedikan.

Anda juga boleh klik link link yang diklasifikasikan mengikut negeri di bahagian kanan dan kiri di blog ini, dari link itu anda akan dipautkan ke laman web/atau iklan asal.

Selain itu anda boleh gunakan kotak carian di bawah ruangan chat ini, Masukkan nama jawatan yang anda inginkan dan kawasan anda inginkan,dan tekan kotak find.

Selain itu,carian di Google juga boleh membantu.

Melalui cara cara yang telah diterangkan,anda akan mendapat beberapa list jawatan yang PALING HAMPIR dengan carian anda,dari situ anda boleh baca segala keperluan yang dikehendaki syarikat dan sebagainya.

Harap penerangan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan menaikkan semangat anda dalam mencari pekerjaan dan rezeki yang halal di dunia ini.

Dengan itu kami mengucapkan SELAMAT BERJAYA..

Akhir kata, "SIAPA YANG DAPAT MEMBANTU DIRI KITA,KALAU BUKAN DIRI KITA SENDIRI" dan "TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESEORANG KALAU DIA SENDIRI TIDAK MAHU MENGUBAH HIDUPNYA"

SEARCH / CARI PELUANG PEKERJAAN

JOM CARI KERJA


Assalamualaikum dan hi kepada pencari pencari kerja semua,

Memandangkan pihak admin di www.kerjakosong.net selalunya sibuk dan tidak dapat mengemaskini blog maka kami membuat sebuah lagi blog dimana kami memautkan beberapa laman web penjodoh pekerjaan agar lebih mudah bagi anda semua mencari kerja. Kami juga berharap dengan adanya blog baru ini dapat sedikit sebanyak membantu pencari pencari kerja yang banyak bertanyakan di facebook mahupun di ruangan chat.

Kami,pihak admin www.kerjakosong.net juga ingin memohon maaf sekiranya terlepas pandang,ataupun tidak membalas pertanyaan anda smua.Segala kesulitan amatlah kami kesali dan kami memohon maaf kepada anda semua.

Untuk pengetahuan anda,kami terpaksa mengasingkan blog ini dari blog www.kerjakosong.net untuk mengelakkan kekusutan,atau pun kecelaruan :D

apapun...jom sama sama kita mencari kerja... :D